Berhubungan
suami istri harus dilakukan penuh adab dan ada waktu-waktu yang
dibolehkan dan ada waktu – waktu yang dilarang untuk melakukan hubungan
suami istri. Hal ini disebabkan karena dalam Islam hubungan suami istri
adalah ibadah dan bernilai pahala.
Adapun waktu waktu yang dilarang untuk berjima’ yaitu:
1. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal
(hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua
hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila babi dan
sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
2. “Wahai Ali..! janganlah
berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka
ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang
bermata juling.”
3. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa
jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua
anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada
bisu.”
4. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan
syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu
jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan
menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
5. “Wahai Ali..! jika
kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka
sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari
langit yang membakar kamu berdua.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
7. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu
tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat
syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu
akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada
berpecah dan talak.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan
isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang
cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
9. “Wahai
Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha,
maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila
Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan
menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
10. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara
langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu
mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah
mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi
seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
11. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah
pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang
tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
12.
“Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara
azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesungguhnya jika
Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang
menumpahkan darah.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka
sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia
akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
14. “Wahai
Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu)
Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t.
mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang
jelek pada muka dan rambutnya.”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu
berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka
sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada
kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu
meminta-minta. “
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu)
kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan
kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan
pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan
kepada manusia.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan
isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah
s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi
seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
18. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar
musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t.
mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada
yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal
Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
19. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir
dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya
bila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi
seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
20. “Wahai Ali..!
janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka
sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi
seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
Sumber:
“WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA
DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq,
Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.
WELCOME TO MY STORY
u can see my story n share here about anything^^
Jangan berdo'a agar Tuhan menjauhkanmu dari masalah
Tapi berdo'alah agar Tuhan menguatkan hatimu untuk melalui masalah itu [!!]
"La Takhaf wa La Tahzan innallaha Ma'an"
Artinya: Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah terus menerus mendampingi kita semuaAku tidak mengatakan diriku adalah seorang ahli 'ilm (karena memang aku bukanlah ahlu 'ilmu
melainkan hanya penuntut 'ilmu), aku cuma ingin menunaikan perintah " balighul anni :)
Jangan berdo'a agar Tuhan menjauhkanmu dari masalah
Tapi berdo'alah agar Tuhan menguatkan hatimu untuk melalui masalah itu [!!]
"La Takhaf wa La Tahzan innallaha Ma'an"
Artinya: Jangan takut dan jangan bersedih, sesungguhnya Allah terus menerus mendampingi kita semuaAku tidak mengatakan diriku adalah seorang ahli 'ilm (karena memang aku bukanlah ahlu 'ilmu
melainkan hanya penuntut 'ilmu), aku cuma ingin menunaikan perintah " balighul anni :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar